Terms & Conditions

Saya amat berbesar hati dan  berterima kasih atas kesediaan anda membeli produk di laman online saya. Namun demikian,  beberapa terma dan syarat harus dipatuhi pelanggan sebagai persediaan bagi kejadian yang tidak diingini berlaku. Terma dan syarat ini dibuat sebagai polisi agar tiada mana-mana pihak mempertikaikan perkhidmatan saya andaikata ada yang tidak sempurna di mata pelanggan.

Tetapi, sebelum itu…pastikan anda tiada ciri-ciri seperti berikut

  1. Tidak sabar menunggu maklum balas atau feedback daripada pihak saya.
  2. Cerewet dan tidak dapat mengikut prosedur yang ditetapkan.
  3. Tiada kesabaran dalam proses jual, beli dan hantar produk saya kepada anda.
  4. Berasa ragu-ragu dengan perniagaan online yang saya jalankan.

Sekiranya anda ada kriteria-kriteria seperti di atas, saya harap anda tidak meneruskan urusan jual beli bersama saya, kerana ada kemungkinan kita akan menghadapi masalah kemunikasi di kemudian hari.

Terma & Syarat Kinabalu Online Shop : 

  1. Anda kena faham bahawa saya jalankan perniagaan online ini secara pre-order. Di mana setelah anda buat pembayaran barulah saya akan proses tempahan anda. Semua barang yang ditempah akan dihantar kebanyakannya dari China dan selebihnya dari Jepun dan US.
  2. Setelah anda melalui proses menempah dan membuat pembayaran penuh kepada saya, saya akan terus proses tempahan anda dan tracking number akan diberi setelah penghantaran dibuat kepada pihak kurier.
  3. Proses penghantaran akan memakan masa 10 – 14 hari masa bekerja untuk penghantaran melalui udara dan 3-4 minggu bagi penghantaran melalui laut, bergantung kepada lokasi anda.
  4. Sekiranya produk yang diterima mengalami kerosakan atau salah, sila kemukankan aduan kepada saya melalui whatsapp (0198229205) selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh peneriamaan produk. Aduan yang diterima selepas jangkamasa tersebut, tidak akan dilayan
  5. Jika produk yang rosak tidak dapat diganti, saya akan mengembalikan wang anda mengikut harga produk yang anda beli).
  6. Penukaran atau pemulangan wang mengikut nilai akan dilakukan sekiranya anda mempunyai dua sebab iaitu Mengalami kerosakan atau Kesilapan pihak saya melakukan penghantaran produk
  7. Pihak saya tidak akan membuat penukaran atau pemulangan wang jika sekiranya sebab-sebab yang anda berikan  adalah Produk tidak sesuai dengan anda atau saja-saja ingin menukar produk atau tersilap  membuat pembelian.
  8. Pembeli harus tahu dan faham bahawa selepas sahaja saya memberikan nombor pengesahan produk atau traking number, tanggungjawab terhadap penghantaran akan beralih kepada anda dan syarikat penghantaran yang membuat penghantaran barang belian tersebut.
  9. Sekiranya berlaku sebarang kehilangan produk atau produk masih belum sampai dan sebagainya, anda harus menerima risiko bahawa produk yang dihantar berkemungkinan hilang atau rosak disebabkan kecuaian pihak syarikat penghantaran
  10. Namun begitu…tidak perlu risau, pihak saya sedia menolong anda untuk mengesan produk anda. Kejadian seperti produk telah sampai ke tempat pembeli, namun semasa produk dihantar, anda tiada di alamat yang ditulis sering terjadi, ini menyukarkan pihak syarikat penghantaran. Tapi pada kebiasaannya, pihak syarikat penghantaran akan meninggalkan sekeping kad yang meminta anda untuk menuntut produk anda di cawangan pejabat kurier mereka.
  11. Sekiranya anda memberikan alamat yang salah semasa proses pembelian…ini juga akan menyebabkan kesukaran di pihak syarikat penghantaran dan akhirnya anda akan kehilangan produk anda begitu sahaja. Jadi, pastikan alamat anda diisi dengan betul dan tepat.
  12. Jika produk hilang atau rosak, anda mempunyai hak untuk meminta ganti rugi daripada pihak syarikat penghantaran dan pada kebiasaanya mereka akan membuat ganti rugi dengan segera, namun beberapa prosedur perlu dilaksanakan.
  13. Jika sekiranya barang tidak sampai disebabkan nombor tracking yang saya berikan tiada dalam senarai, anda boleh membuat pengesahan dengan syarikat penghantaran yang dilantik terlebih dahulu. Jika syarikat penghantaran masih mengatakan bahawa nombor tracking itu tiada dalam senarai barulah anda inform kepada saya untuk pengesahan kerana berkemungkinan saya telah memberikan nombor tracking yang salah.

Shipping & Delivery : Penghantaran adalah percuma untuk semua tempahan anda

Return & Exchange : 7 hari ( terpakai jika kesilapan dari pihak saya membuat penghantaran )

Open chat